Pelawat

Monday, 23 January 2012

Antara fakta menarik tentang lelaki dan wanita :

Lelaki : Susah nak fokus sesuatu perkara terutamanya yang membabitkan perhubungan


Wanita : Senang fokus pada sesuatu perkara walaupun remeh
.


Lelaki : Emosi ibarat getah. Bila marah perasaan akan menegang dan akan kendur bila marah dah surut


Wanita : Emosi bagai ombak , datang dan pergi. Sebab tu perasaan marah diorang susah nak reda.
. 


Lelaki : Lebih suka menyendiri dan menjauhkan diri apabila tertekan.


Wanita : Apabila tertekan, biasanya diorang ni lebih senang meluahkan apa yang diorang rasa
. 


Lelaki : Disebabkan ego, susah nak terima pertolongan atau pendapat orang lain termasuklah pasangannya.


Wanita : Senang menerima dan terpengaruh dengan pandangan orang terutama orang yang dekat di hatinya.
. 


Lelaki : Apabila perasaan tergugat, lebih senang berdiam diri tanda protes.


Wanita : Apabila perasaan tergugat, lekas melenting dan protes secara terang-terangan.
. 


Lelaki : Melihat sesuatu perkara secara keseluruhan. See the whole picture laa bak kata omputih


Wanita : Melihat sesuatu perkara secara terperinci. ( diorang kan selalunya cerewet)
. 


Lelaki : Mempunyai perasaan cinta yang fleksibel, mudah berubah bila jumpa yang lebih baik dari terbaik.


Wanita : Setia pada cinta dan sukar tergugat. (tapi memiliki jiwa yang rapuh dan mudah tunduk pada cinta.
. 


Lelaki : Kejayaan dinilai berdasarkan prestasi dan kredibiliti sendiri


Wanita : Sentiasa menilai diri berdasarkan kekuatan perasaan dan kualiti hubungan dengan orang sekeliling.
. 


Lelaki : Boleh menjadi pemurah atau pun pemboros


Wanita : Boleh menjadi kedekut atau pun berjimat cermat
. 


Lelaki : Kurang teliti dalam berkomunikasi tapi pantas memberikan pandangan


Wanita : Mendengar dengan teliti tapi lambat bagi pandangan sebab diorang ni berfikir dulu sebelum bertindak
. 


Lelaki : Sukar mintak maaf tapi senang melupakan.


Wanita : Senang mintak maaf walaupun tak mudah melupakan
. 


Lelaki : Senang untuk buat keputusan


Wanita : Lebih senang mengikut keputusan
. 


Lelaki : Apabila rindukan awek, biasanya lebih senang melakukan perkara lain macam melepak dengan kawan- kawan atau bersukan untuk tenangkan diri.


Wanita : Lebih senang melayan perasaan rindu sendirian, menulis perasaanya ataupun dengar lagu-lagu cinta.











1 comment: